Visi Syarikat : Menjadi peneraju industri kontraktor "Above the Class" patuh syariah menjelang 2030
Di NM Aircond, anda akan mendapati bahawa bukan sahaja anda mendapat perkhidmatan yang terbaik tetapi kami hadir sebagai sahabat penyaman udara anda yang sentiasa ada di saat anda memerlukan kami. Bagi kami, itu semua bahagian dari "perniagaan kami." Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana kami dapat membantu anda dengan semua keperluan penyaman udara untuk hidup yang lebih selesa.
Pelanggan Kami, Keluarga Kami!
Antara faktor penyumbang kejayaan NM Aircond adalah kekuatan semangat kebersamaan antara pelanggan dan pasukan kami. Setiap ahli diterapkan minda usahawan yang sentiasa bersedia berhidmat dalam memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.
Setiap individu di dalam pasukan kami dilatih untuk mempunyai "problem solving thinking style", dan sanggup bekerja keras bagi mencapai sasaran sama ada kecil mahupun besar. Setiap ahli meraikan kekuatan ahli yang lain, juga meraikan perbezaan pendapat, idea dan kaedah sesama ahli, asal sahaja membawa kebaikan kepada pelanggan.