
Semangat Berpasukan, faktor NM Aircond kini menjadi bualan pelanggan
NM Aircond juga sentiasa memastikan setiap pergerakan dan pencapaian perusahaan mendekati kami kepada visi utama syarikat sekaligus merangkul Anugerah Kontraktor Terbaik G1 CIDB menjelang 2030. Bagi mendukung visi tersebut, NM Aircond dan seluruh ahli organisasi bahu membahu menjayakan misi seperti membudayakan integriti, bebas rasuah, amanah, jujur dan bersistematik berpandukan Al-Quran dan As- Sunnah .
Antara faktor penyumbang kejayaan NM Aircond adalah kekuatan semangat kebersamaan dan kerja berpasukan. Setiap ahli diterapkan minda usahawan yang sentiasa bersedia menghadapi risiko, mempunyai "problem solving thinking style", dan sanggup bekerja keras bagi mencapai sasaran sama ada kecil mahupun besar. Setiap ahli meraikan kekuatan ahli yang lain, juga meraikan perbezaan pendapat dan idea, dengan objektif merealisasikan misi dan objektif syarikat.
MISI SYARIKAT
Perkara yang menjadi inspirasi seluruh pasukan kami demi mencapai misi - misi yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Misi Pertama : Tahun 2025
NM Aircond telah menjadi pemborong berstatus bumiputera pertama untuk alat ganti penyaman udara.
Misi Kedua : Tahun 2025
NM Aircond telah menguasai “Golden Triangle Area” di Johor Bahru dengan pegangan 6.7% dalam pasaran.
Misi Ketiga :Tahun 2025
NM Aircond telah memiliki sebuah wisma yang dirasmikan oleh Dr. Hj . Azizan Osman dan Tuan Hj . Jerry Zafrol Rizal Mat.
Misi Keempat :Tahun 2030
NM Aircond telah menjadi kontraktor pilihan pelanggan dan telah membantu 50,000 orang pelanggan sekitar Johor Bahru .
Misi Kelima :Tahun 2030
NM Aircond telah membangunkan sebuah yayasan bagi membantu mereka yang memerlukan.