Servis Pemasangan Unit Penyaman Udara
Untuk pengetahuan pelanggan, NM Aircond bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penyeleggaraan penyaman udara semata-mata. Kami turut menawarkan perkhidmatan pemasangan unit penyaman udara terutamanya kepada pelanggan yang baru berpindah masuk ke premis atau rumah kediaman dan pelanggan yang ingin menukar baru unit penyaman udara mereka.
Bagi memudahkan pelanggan sekitar Johor Bahru, kami turut menyediakan perkhidmatan lawatan tapak secara percuma bagi memberikan pelanggan sebutharga yang lebih tepat dan berpatutan sebelum kerja-kerja pemasangan dijalankan.
Kenapa Perlu Memilih NM Aircond
Syarikat kami berdedikasi dalam menyelesaikan masalah untuk klien kami. Hubungi kami hari ini dan dapatkan harga serta servis berkualiti tinggi untuk penyaman udara anda berfungsi dengan baik bagi menyejukkan ruang rumah dan tempat bekerja anda. Anda boleh lihat sebab berikut kenapa anda perlu memilih kami:
- Harga terbaik dengan hasil kerja yang berkualiti
- Juruteknik kami mempunyai pengalaman bekerja lebih dari 3 tahun. Kami tidak pernah menghantar orang baru tanpa dilatih!
- Perkhidmatan mesra pelanggan
- Pembersih kimia kami membunuh 99.9% bakteria dalam aircond anda.
- Kami membuat servis dan membaiki lebih daripada 2000 penyaman udara setiap tahun.
- Kami membalas janji temu dan pertanyaan anda dalam masa 24 jam.
- Jaminan perkhidmatan susulan dalam masa 30 hari
- 'One Stop Center' bagi keperluan penyaman udara anda